Kita pekerja pembina negara
Tenaga kita penggerak kerja
Bakti dicurah setiap masa
Terus berkhidmat penuh setia
Rajin kita negara makmur
Malas kita negara mundur
Tuntutan kita mudah sahaja...
Gaji setimpal dengan usaha dan pengorbanan
Gaji minima perlu dilaksanakan
Kos sara hidup tinggi menjadi bebanan
Produktiviti tergugat akibat tekanan
Peluang pekerjaan yang adil dan samarata
Tanpa mengira kaum,ras atau agama
Hak rakyat diberi keutamaan
Bukan pekerja asing merampas kedudukan
Perlindungan dan keselamatan pekerjaan jangan diabaikan
Kesihatan dan kebajikan pekerja diberi keutamaan
Keselesaan bekerja dalam semua keadaan
Terhindar bencana dari sebarang kemungkinan
Penglibatan sosial perlu dipertingkatkan
Antara pekerja dengan majikan
Pintu rundingan sentiasa terbuka
Mendengar keluhan rintihan pekerja
Ganjaran diberi atas merit dan kebolehan
Bukan ampu,bodek maupun tipu penilaian
Hukuman dijatuhkan ikut prinsip keadilan
Bukan sifat dendam jatuh menjatuhkan
Majikan dan pekerja sama sama memerlukan
Seiring sejalan sama sehaluan
Tidak berlaku sebarang penindasan
Jangan majikan disaluti kemewahan,pekerja terus dihimpit dengan kemiskinan
Bangkitlah wahai pekerja
Menuntut hak asasi kita semua
Pilihan kini ditangan anda
Untuk berUBAH selama-lamanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan