Followers
Selasa, 30 April 2013
Seloka Pilihanraya: Kebangkitan Rakyat
Seloka Pilihanraya: Kebangkitan Rakyat: Kebangkitan rakyat semakin hebat Seluruh negara je...
Isnin, 29 April 2013
Nasihat buat pemimpin....
Yang TUAN itu rakyat
Yang KHADAM itu pemimpin
Bila rakyat beri mandat
Jangan dok lencong ke lain
Berkhidmat penuh ikhlas
Kerja jangan malas
Jika kuat pulas
Nanti rakyat balas
Rakyat juga RAJA
Pemimpin cuma HAMBA
Jika rakyat murka
Pemimpin tiada harga
Jika pemimpin setia berkhidmat
Rakyat patuh serta taat
Kurang cakap lebih bikin
Mesti cekap rakyat yakin
Janji-janji mesti ditepati
Kebajikan rakyat sentiasa dihati
Kekalkan sifat-sifat terpuji
Rasuah,salahguna kuasa wajib dihindari
Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya
Gauli pakar dapatkan nasihat berguna
Tingkatkan ilmu berguru sentiasa
Supaya cerdik dalam pelbagai perkara
Jika berkeras jangan tertukik
Jika berlembut jangan tersudu
Rakyat cerdas lagi cerdik
Beza benar dengan yang palsu
Ingat sewaktu susah
Jangan leka ketika mewah
Berjuang menegak siasah
Banyak getir dari mudah
Pemimpin zalim rakyat sisih
Pemimpin adil rakyat kasih
@HAK CIPTA TERPELIHARA : HASIL NUKILAN ASMARELDA MIXCEEL
Ahad, 28 April 2013
Air oh air
Krisis air di Selangor
Air oh air
Di manakah kau air
Bilakah kemelut akan berakhir
Tunggu masa BN rakyat singkir
Kenapa serah pada KAPITALIS
Air punya kos pada setiap titis
Buat rakyat bisa nangis
Bebanan bil yang tertulis
Air oh air
Anugerah Allah pada manusia
urustadbir PR cukup sempurna
Kebajikan rakyat sentiasa dijaga
Air dibekal secara percuma
Sabtu, 27 April 2013
Rompak Kecil Nama Corruption, Rompak Besar Nama Commission
Rompak kecil namanya korupsi
Rompak besar namanya komisi
Indeks rasuah cuma persepsi
Pelaburan rendah kita dominasi Rakyat rasuah ganas diperangi
Pemimpin rasuah selesai cara kolaborasi
Jumaat, 26 April 2013
Kuasa Rakyat
Kuasa rakyat penentu mandat Suara rakyat suara keramat Bangkit rakyat PAKATAN muafakat Santuni rakyat pemimpin selamat
Hari penamaan calon
Melihat kepada sokongan rakyat di lapangan Mengiringi calon ke Pusat Penamaan Jelas kelihatan semangat perjuangan Bersama pimpinan PR lonjak perubahan
Isu HUDUD di musim pilihanraya
Ruginya PR, kenapalah bincang isu hudud musim-musim sebegini?Yang dikejar x dapat, yang dikendung berciciran!
Kerana pulut, santan binasa
Kerana mulut ,PAKATAN kecewa
Biarlah HUDUD kita bicara
Selepas selesai pilihanraya
BN pun apa kurangnya
UMNO,MIC,MCA dan yang sewaktu dengannya
Menentang perlaksanaan HUDUD sekeras-kerasnya
Kenapa PAKATAN di persalahkan jua ???
Hutan Lojing
Isu Lojing menjadi tumpuan Kemusnahan alam sekitar mendapat perhatian Manifesto Pilihanraya cuma tempelan
Menuding jari jadi pilihan
Hutan Lojing cuba dipolitikkan
Antara negeri dengan persekutuan
Perhatian rakyat cuba dialihkan
Kerajaan Kelantan kini dipersalahkan
Sumber asli hutan perlu dipulihara
Kawasan tadahan air keperluan manusia
Bukan hanya di Lojing malahan di seluruh negara
Sarawak,Pahang,Sabah,Kedah dll terpalit sama
Undang-undang alam sekitar sudah lama diwarta Tapi penguatkuasaan terlalu lemah dan kurang berkesan Penjenayah alam sekitar perlu didakwa Kenapa ini tidak dilaksanakan..??????
Bila Mahathir sakit hati
Pakatan Rakyat penting agenda sendiri Kenyataan Mahathir sinis sekali Tapi rakyat tidak peduli Fitnah dilontar dah jadi lali
Khamis, 25 April 2013
Extremism Pilihanraya
Di manakah letaknya akal manusia Tak punyai perasaan bertimbangrasa Cetus kekacauan dan huru hara Sewaktu bahang pilihanraya
Nasib Guru akan dibela
Bila suami dan isteri berpisah jauh Rumahtangga mudah roboh
Godaan banyak datang merusuh Pendidikan murid terabai rapuh...
Mahkamah rakyat
Bila PAKATAN RAKYAT memerintah negara Pemimpin korup akan dibicara Rampasan dibuat ke atas harta benda Untuk rakyat banyak faedahnya...
Antara 2 darjat
Pemimpin hidup bermewah-mewah Rakyat hidup menderita susah Ini namanya tidak amanah Rakyat meluat penuh marah
Bila BN ditampuk kuasa
Bila BN ditampuk kuasa
Rasuah dan pecah amanah berleluasa Kos projek naik harga Wang rakyat disalahguna
Kebangkitan Rakyat
Kebangkitan rakyat semakin hebat Seluruh negara jelas terlihat Gelombang perubahan tak boleh disekat Hanya PAKATAN harapan rakyat
Rabu, 24 April 2013
Ada berani..????
Rafizi ni memang berani
Dedah sana cabar sini Setakat Muhyidin dia tak lari Semua fakta dicelah gigi
PRU 13
Pembangkang semakin celaru? Ataupun BN semakin keliru? Tapi rakyat semua dah tahu Sapa yang paling kuat menipu Tunggu saja PRU Baru tau....
Selasa, 23 April 2013
Fitnah
Datuk Seri Anuar Ibrahim dah bagi amaran TV3 dan juga Utusan Kalau fitnah terus disebarkan Ke dalam jel akan dihumbankan
Wanita sudah tiada nilai dalam UMNO
Wanita umno ibarat tebu Habis manis sepah dibuang Penyokong porno dan juga lembu Tidak ikhlas dalam berjuang
Kejatuhan UMNO
Bila PRU13 semakin dekat Selera Najib makin tersekat Tidur tak lena mandi tak sempat BN kecundang di tangan rakyat
Isnin, 22 April 2013
Cakap tak serupa bikin
Menteri-menteri Alam Sekitar dari Sarawak Pembangunan lestari cuba dilonjak Tapi negeri sendiri berlainan corak Khazanah negeri habis dirompak
Judiciary
Kena tanya Karpal bistari Apa sudah jadi dengan judiciary Tentu Karpal kerut dahi Mereka semua lacur diri
Antara 2 pilihan
Sudah gaharu cendana pula Sudah tahu bertanya pula Tuan Ibrahim Man pilihan hamba Mantan MB nak hilang telinga.
Ahad, 21 April 2013
Bila pengorbanan dilupakan
Semai selasih tidak bersiram.
Tak di siram baja pun tidak.
Apa di kenang zaman yg suram
Lagi di kenang lagi menolak
Bunga selasih kembang setangkai Hiasan sanggul sidara jelita Ingatan suram biar terlerai
Mengubat sugul hati derita
Rakyat sokong Puteri Refomasi
Bendera PR megah berkibar Penyokong tegar semangat berkobar Mengiringi Nurul ke pusat mendaftar Buat Nong Chik gigil gementar
Sabtu, 20 April 2013
Roket sudah sampai bulan
Bila roket dah sampai ke bulan Bermulalah era menegakkan keadilan Mengukuhkan lagi ikatan perpaduan Kebajikan rakyat terus diperjuangkan
Ijazah palsu
Calon miliki ijazah palsu Dalam dewan duduk termangu Harapkan pegawai tolong membantu
Bila berbahas suka merapu Berhujah tanpa sebarang ilmu Berlagak pandai tapi menipu
Khamis, 18 April 2013
Jika Najib berdebat....
Debat Anwar & Najib: Najib hantar "mata" dan "telinga"
Jika lidah yang hadir Pasti panjang terjelir Otaknya buntu untuk berfikir Manifesto BN mungkinkan cair...
Sejarah debat sudah terukir
Dato Najib tidak hadir Mungkin dia terlalu khuatir Manifesto BN kucar kacir
Selasa, 16 April 2013
Langgan:
Ulasan (Atom)









.jpg)



























.jpg)