Followers

Khamis, 30 Mei 2013

Dilarang Masuk



 
Nurul Izzah dihalang memasuki Sabah  
Apakah alasan yg paling munasabah  
Selain dendam politik kian bercambah  
Puteri Reformasi pemangkin UBAH~
Sabah negeri di bawah bayu
Milik Ketua Menteri bersekutu
Akta Imigresen memilih bulu
Rakyat sendiri disekat lalu~
'Persona non grata' disalah guna
Rakyat sendiri menjadi mangsa
Warga asing ditatang manja
Diplomasi songsang politik cela~


Protes Safwan





Protes Safwan
Mahal harganya
Demi perjuangan
Rela dipenjara

Anak muda keras hatinya
Tidak rela diri dipersenda
Walau merengkuk dalam penjara
Semangat juang kobar membara

Safwan Anang
Kau tidak keseorangan
Rakan-rakanmu terus berjuang
Di luar tembok berkampung halaman~

Rabu, 29 Mei 2013

Pertembungan Kuasa





Sang kuasa bangga menyeru kemajuan menetas-netas; yang dikuasa tetap terhidu bau tembelang paling jelas.




Sang kuasa gagah mencegah
kebebasan bersuara terus dijajah;
yang dikuasa belum menjarah
berhimpun aman demi UBAH

Politik Bola Sepak





Punca sebenar perlawanan Pahang vs JDT di tangguh

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Kucing ini memang berani
Selamba berak di tengah padang~

Kerana kucing permainan tertangguh
Penyokong fanatik bangkit merusuh
Pasal bola pun nak bergaduh
Himpunan aman bertukar kecuh~

'hasta la vista' 

Susun Semula Negara




Negara perlu disusun semula dari alif, baa, taa



Alif,baa,taa,
Negara wajar disusun semula;
A,B,C,
Pulihkan semula demokrasi;
1,2,3,
Demi negara tercinta;
Sici,loru,tolu
Warisan anak cucu
Na,tu,ran
Demi anak watan~

Selasa, 28 Mei 2013

Petisyen Pilihanraya




Amaran rakyat telah dikeluarkan,
Tapi pengerusi SPR terus membisu,
Himpunan terbesar akan diadakan,
Untuk membantah keputusan PRU..




Pemfailan petisyen sedang diusahakan
Penipuan pilihanraya ingin didedahkan
Pelbagai penafian telah disuarakan
Keputusan mahkamah jadi penentuan~


Dapur Siasah Politik Mula Merencah...





Daim saran penasihat Najib disingkir;
Mahathir bayangkan Najib sukar diusir;
Abdullah menyepi dan Muhyiddin senyap;
dapur siasah parti gelap berasap.



Penasihat Najib disingkir cadangan bernas;
Kerana mereka Najib terkandas;
Dapur siasah politik mula merencah;
Siapa disisih siapa pula dipapah.

Isnin, 27 Mei 2013

Perjanjian Sulit




                            WSJ: Perjanjian sulit Anwar, Najib gagal


Gajah sama gajah berperang
Pelanduk mati di tengah tengah
Ghairah kuasa yang diperjuang
Penduduk Malaysia berpecah belah~

Perjanjian sulit telah dimeterai
Negarawan asing menjadi saksi
Bila perjanjian telah dimungkiri
Mahkamah rakyat kini adili~

Najib dan Anwar mesti berunding
Rekonsiliasi Nasional agenda penting
Jangan biarkan menjadi genting
Rakyat kian terumbang ambing~

Sabtu, 25 Mei 2013

Himpunan Suara Rakyat #505




Himpunan suara rakyat
Gabungan NGO's berpadu erat
Membongkar segala tipu khianat
PRU13 penuh muslihat

Kita berhimpun secara aman
Seperti termaktub dalam perlembagaan
Patuhi dan ikut segala peraturan
Semoga terhindar dari persengketaan

Apa yang penting tindakan susulan
Memfailkan kes penipuan
Petisyen pilihanraya perlu disegerakan
Agar mendapat pembelaaan dan keadilan

Bukan kuasa yang nak ditagih
Bukan jawatan yang nak diraih
Penipuan yang nak disisih
Agar pilihanraya berjalan bersih



Jumaat, 24 Mei 2013

Kekang Media




Media pembangkang
                                Mulai dikekang       (# A.samad Said)
Hambatan berulang
Proses undang-undang

Media Perdana
Bebas wacana
Dokongan penguasa
Proses propaganda


Khamis, 23 Mei 2013

Nyalaan lilin




Nyalaan lilin~
Perhimpunan aman bertukar lain
Ada puak yang naik angin
Menyurai kelompok rakyat prihatin

Perlu apa guna kekerasan
Sedangkan ada banyak pilihan
Boleh selesai secara rundingan
Berlembut bincang secara aman

Kenapa begitu mudah hilang pertimbangan
Apakah ini corak pemerintahan 
Berlaku zalim dalam tindakan
Undang-undang pelindung tidak dipedulikan?

Apa guna penyatuan nasional
Jika ada pihak yang lebih kebal
Undang-undang dilanggar tak menjadi hal
Rakyat meluat penuh mual

Wahai pemimpin beringatlah kamu
Kedudukan itu hanyalah pinjaman
Bila rakyat dah mula jemu
Nasib kamu dalam percaturan~


Rabu, 22 Mei 2013

Solidariti Adam Adli





Cahaya lilin mewarnai malam
Kelompok manusia bertamu muram
Solidariti mereka untuk si Adam
Mangsa tahanan politik suram

Semakin lama Adam diperam
Semakin gema jerit melawan (# A. Samad Said)
Jiwa diruntun tidak tenteram
Melihat si Adam dalam tahanan

Jika Adam merupakan ancaman
Kerana berucap berbaur hasutan
Apa kurangnya di pihak Kerajaan
Menghambur kata berunsur ugutan!

Api yang marak bawa bencana
Disiram minyak makin merebak
Jangan lagak berkeras kepala
Meterikan segera penyelesaian mutlak

Selasa, 21 Mei 2013

Pejuang REFORMASI





Anwar Ibrahim suaranya lantang,
Anak muda kini bangkit,
Yang zalim perlu ditentang,
Kerana Malaysia sudah sakit.




Anwar Ibrahim pejuang rakyat,
Adam Adli pejuang muda,
Rakyat bangkit satu matlamat,
Tolak penipuan pilhanraya~

Suara rakyat suara keramat
Anak Malaysia beri isyarat
Di bumi bertuah negara berdaulat
Hak kebebasan jangan disekat~

Jangan rompak harta rakyat
Perbuatan rasuah kerja laknat
Tipu pilihanraya perbuatan khianat
Hidup cela sepanjang hayat~







Isnin, 20 Mei 2013

Lidah




PUISI MANUSIA TANPA LIDAH


Khabarnya, demonstrasi ’nggak bisa;
mendusta pilihan raya, kok, bisa.
Memang ternyata berdusta, ya, bisa;
membantahnya yang langsung ’nggak bisa.
Karena ’nggak bisa bantah, maka
menipu terus berlaku sehingga
terdiri negara tipuan saja
bersama manusia tanpa lidah.





Lidah pemimpin tidak bertulang
Menabur janji berulang ulang
Demokrasi kian cemerlang
Suara rakyat disekat dihalang

Lidah biawak lidah bercabang
Ada pada pemimpin terbilang
Demokrasi berlagu sumbang
Rakyat ditindas sewenang wenang

Lidah pendeta jadikan pedoman
Bagi pemimpin bersifat budiman
Rakyat disantuni sebagai teman
Hidup rukun sepanjang zaman




Ahad, 19 Mei 2013

Jangan dikunci suaranya





Sifat anak muda~
Mencari identiti diri
Bebas pengaruh famili
Berkongsi ideologi
Gemar bereksperimentasi
Membentuk jati diri

Anak muda pewaris bangsa
Santuni mereka setiap masa
Jika tertukik nurani mereka
Hanya revolusi jawapannya!

Anak muda pemimpin masa depan
Kepada mereka disandarkan harapan
Jangan disekat kebebasan
Mengundang demonstrasi jalanan!

Jangan berkeras dengan anak muda
Darah mereka panas membara
Hendaklah berlunak menawan mereka
Tidak rugi banyak faedahnya.....

Terimalah hakikat yang nyata
Pemberontakan mereka ada sebabnya~

Dadah Sedatif




                                   

Pada Adam Adli dan kawanmu doa bapak sejahtera dan syahdu.





Undang2 rimba~ Yang berkuasa lebarkan cengkamannya; Penguatkuasaan selektif~ Sinonim dadah sedatif!

Sabtu, 18 Mei 2013

TERATAK Dato Seri Anwar Ibrahim feat Elizabeth Wong n Wayfarers




Lirik lagu TERATAK 

Teratak awal segalanya
Teratak membawa bahagia
Bagai cahaya mahkota
bertakhtakan permata
Teratak selalu kan ada di jiwa

Teratak berbagikan cerita
Teratak menangis & tertawa
Bagai payung melebar
Di gerimis senja
Teratak selalu kan ada di jiwa

Bagai mahligai karun
Yang di tengah gurun
Hanya sinaran kasih & sayang
Cintanya bagai cahaya
Menerangi semesta
Mari bersama hadapi segalanya


Teratak berbagikan cerita
Teratak menangis & tertawa
Bagai payung melebar
Di gerimis senja
Teratak selalu kan ada di jiwa

Bagai mahligai karun
Yang di tengah gurun
Hanya sinaran kasih & sayang
Cintanya bagai cahaya
Menerangi semesta
Mari bersama hadapi segalanya

Damai jaringan nadi darahku
Tak ku dengar lagi seteruan
Damai jaringan degup jantungku
Curiga sengketa tinggalkan
Berkorban untuk semua
Cinta damai adil saksama
Sejahtera selamanya


Derita segala yang terindah
Mari bersama hayati
Meniti cahaya Ilahi

Derita segala yang terindah
Mari bersama hayati
Meniti cahaya Ilahi


Jumaat, 17 Mei 2013

PEROGOL BER-ANGKA




Satu,dua tiga ,empat~
Silap mata penuh kagum.
Dewan gelap undi loncat
Jika kurang, sindir kaum.

Mudah kira mudah kenang:
Lima, enam, tujuh, lapan.
Jika sungguh ingin menang
Jangan patuh cara sopan.

Lima dekad makin tahu
Matematik cara baru.
Amal frauda paling jitu~
Ya, ibu segala tipu!





Empat, tiga, dua,satu
Undi lebih bagi kat aku
Lapan, tujuh ,enam ,lima
Undi kurang TSUNAMI CINA

Bila lampu padam  
Bermula magik hitam
Kotak undi dendam
Muncul dalam diam

Bila angka kena perkosa
Biak undi cambah kira
Lampu terang kira semula
Angka haram loncat berganda

Lima dekad asik menipu
Matematik gagal selalu
Perogol berangka @ bersiri muka tak malu
Menipu rakyat tanpa silu





Khamis, 16 Mei 2013

Berhijrah!





Migrate, Zahid tells those unhappy with GE13 results

Bila pemimpin dah pegang kuasa Mulalah tunjuk sikap bongkak Rakyat telan menunggu masa Dendam amarah terus berantak