Followers
Khamis, 28 Februari 2013
Kuasa undi
Antara cobaan paling getir--
Tersedak air secara bergilir.
Kuasa undi bakal menentu;
Mana insani,mana nan hantu!
Bila tersedak air mata mengalir
Terasa perit sampai ke hidung
Bila hantu di panah petir
Insan BN jerit melolong
Rasuah,hutang & susup undi
Tambah rasuah,tambah hutang;
Susup undi secara sumbang;
Lima dekad sungguh cemerlang !
Jinak-jinak burung merpati
Kenyang makan mulalah terbang
BN tumpas di peti undi
Penyudah hidup nasib si malang
DAVOS
Iklim Davos sungguh bagus
Sang kaya berbincang harta
Sang miskin tetaplah kurus--
Tak mengapa tak mengapa !

WEF Davos acara tahunan
Menjana fikiran lonjakan kekayaan
Pelbagai dana akaun tersimpan
Di bank Swiss pusat tumpuan
Sabtu, 23 Februari 2013
BRIM
NIK AZIZ PERJELAS KENYATAAN PENERIMA BRIM SEBAGAI HAIWAN......
Santan dan beras dibolot kroni
Hampas dan jerami santapan rakyat
BR1M diagih memancing undi
Haiwan membawa maksud tersirat
Najib melukah di tempat genting
BRIM diguna umpan terakhir
Derita rakyat dianggap tak penting
Dah sampai masanya BN disingkir
Najib melukah di tempat genting
BRIM diguna umpan terakhir
Derita rakyat dianggap tak penting
Dah sampai masanya BN disingkir
Sabtu, 2 Februari 2013
Jual undi
Jika undi kita sedia dijual,
mudahlah harga diri kita digumal.
Undi itu kuasa rakyat..
Melacur undi perbuatan maksiat..
Beli undi golongan keparat..
Pelacur politik punya muslihat...
Jumaat, 1 Februari 2013
Bahaya radiasi
Denai Bahaman
Usah dicemar; Cicit yang aman akan menggegar!
Hai besi putih besi khursani..
Besi pelilit dipinggangku..
Lindungi cucu cicitku bahaya radiasi..
Denai bahaman sudah diganggu...
Langgan:
Ulasan (Atom)








