Followers
Khamis, 18 Julai 2013
Sabtu, 6 Julai 2013
KAFAN UNTUK ULAMA
Ulama Azhar berbekal kafan,
Rela Mati Membela Syariat;
Mereka mengisi barisan hadapan,
Menentang kudeta berniat jahat~
Ulama menyokong Presiden Morsi,
Menentang tentera Jeneral As-Sisi;
Mereka turun berdemonstrasi,
Menegakkan kembali sebuah demokrasi~
Rampasan kuasa melanggari syarak,
Kepimpinannya jua perlu ditolak;
Campurtangan asing turut terjebak,
Gembira melihat Mesir bergolak~
Kepada Allah kita berdoa,
Selamatkan Mesir dari bahaya;
Semoga krisis kembali reda,
Rakyatnya hidup aman sejahtera~
TUNTUTAN PRO MORSI
1) Pulihkan presiden yg sah memimpin negara menurut perlembagaan, undang2 & keabsahannya.
2) Batalkan semua keputusan2 tak sah berlawanan perlembagaan oleh kepimpinan regim tentera.
3) Penerusan perlembagaan yg telah diperakukan & permulaan dailog politik bagi mencadang pindaan perlembagaan bersama semua parti.
4) Tindakan ke atas pelaku2 4 langkah penindasan: membunuh pemprotes, tangkapan politik, penutupan stesen2 TV, pemalsuan keterangan
5) Mengadakan PRU parlimen dlm tempoh 2 bulan bg memilih wakil2 rakyat yg sebenar.
Jumaat, 5 Julai 2013
TAMAROD (KEMPEN PEMBERONTAKAN DI MESIR)
Kami menolak anda ...
Kerana Security belum pulih setakat ini
Kami menolak anda ...
Kerana yang dilucutkan masih lagi ada tempat untuk memenuhi
Kami menolak anda ...
Kerana kita masih mengemis pinjaman dari luar
Kami menolak anda ...
Oleh kerana tiada keadilan telah dibawa kepada syahid
Kami menolak anda. ..
Kerana tiada maruah ditinggalkan tidak bagi saya mahupun bagi negara saya
Kami menolak anda ...
Kerana ekonomi telah runtuh, dan hanya bergantung pada mengemis
Kami menolak anda ...
Kerana Mesir masih mengikut jejak langkah Amerika Syarikat
Sejak ketibaan Mohamed Mursi kepada kuasa, rakyat jelata masih mempunyai perasaan bahawa apa-apa yang telah dicapai setakat ini dari matlamat revolusi yang tidak hidup dalam kemuliaan, kebebasan, keadilan sosial dan kebebasan negara. Mursi adalah kegagalan total dalam mencapai setiap matlamat tunggal, tidak ada keselamatan telah menubuhkan semula dan tiada keselamatan sosial sedar, itu dan memberikan bukti jelas bahawa beliau tidak sesuai untuk tadbir urus sebuah negara seperti Mesir.
GELOMBANG ANAK MUDA
Anak muda dulu beremosi,
Anak muda sekarang berinformasi;
Anak muda dulu berrevolusi,
Anak muda sekarang berreformasi~
Anak muda pewaris bangsa,
Menggalas harapan mencorak negara;
Jiwa mereka jiwa merdeka,
Berontak mereka bawa petanda~
Sistem siasah yang dibantah,
Tipu pilihanraya yang disanggah;
Anak muda ingin mengUBAH,
Kebajikan rakyat sandaran wadah~
Sistem siasah yang dibantah,
Tipu pilihanraya yang disanggah;
Anak muda ingin mengUBAH,
Kebajikan rakyat sandaran wadah~
Langgan:
Ulasan (Atom)








