Followers
Jumaat, 28 Jun 2013
Khamis, 27 Jun 2013
Rabu, 26 Jun 2013
SENANDUNG JEREBU
Jerebu kembali datang bertandang,
Patuh dan akur hukumnya alam,
Tanpa hujan dan angin kencang,
Kekal terampai penyeri kelam.
Makhluk alam berduka lara,
Kecuaian manusia punya angkara,
Tamak haloba hati nan buta,
Laba dirembat bala tercipta.
oooo jerebu...oooo jerebu....
Senandung pilu,
oooo jerebu...oooo jerebu....
Menggamit sayu.
Ahad, 23 Jun 2013
Sabtu, 22 Jun 2013
JEREBU
Angkara kapitalis perladangan Sumatra/Riau, Suka bakar2 tak ambil hirau; Jerebu yg datang buat kacau, Sesak lemas jadi sasau.
Bacaan IPU jadi panduan,
Naik turun tidak keruan;
Jerebu sekat medan pandangan,
Beri ancaman pada kesihatan.
Jerebu ini fenomena tahunan,
Sepatutnya sudah banyak pengalaman;
Kenapa masih tersekat sekat,
Tindakan diambil terlalu lewat.
Muar mencecah tahap merbahaya,
Sejarah lama berulang semula;
Kasihan rakyat yang menderita,
Pencemar bebas tanpa didakwa.
Rabu, 19 Jun 2013
GURINDAM JEREBU
Bila jerebu asap melanda
Nafas sesak seketika
Bahaya bagi yang ada asthma
Sampai ada yang hilang nyawa~
Bila jerebu ekonomi menghampiri
Mimpi ngeri menjadi realiti
TPP,GST dan kos sara hidup yang tinggi
Perlu bijak dalam menangani~
Bila jerebu politik berlarutan
Siasah terus berkecamukan
Kerajaan perpaduan nasional cuba diketengahkan
Ada pihak yang berbantah-bantahan~
Bila jerebu sosial diabaikan
Ramai yang mati dalam tahanan
Pilihanraya penuh penipuan
Kadar jenayah meningkat sakan~
Sampai bila jerebu melanda
Rakyat terus terpinga-pinga
Kewibawaan pimpinan menjadi tanda tanya
Kurangkan berpolitik tumpukan bina negara~
Isnin, 17 Jun 2013
Dakwat Tak Kekal
Pengakuan kecewa, masanya untuk bos SPR undur diri
Dakwat tak kekal
Kini dipersoal;
SPR buat hal
Mahu tunjuk kebal~
Ini soal akauntabiliti
Juga integriti;
Jika silap diakui
Sila undur diri~
Bereskan soal penipuan
Sebelum bercakap tentang perdamaian;
Rekonsiliasi nasional masih tertangguh
Selagi SPR bersikap ampuh~
Sabtu, 15 Jun 2013
Jumaat, 14 Jun 2013
Rabu, 12 Jun 2013
Kuasa Ketiga
Khabar angin bertiup kencang
Kuasa Ketiga sedang merancang
Siasah baru hebat menggoncang
Cubaan menggugat pihak yang menang
Konon ramai tak berpuashati
Jawatan Kabinet tidak diberi
Kuota yang ada sudah dipenuhi
Berpihak kepada golongan minoriti
Nama Ku Li muncul kembali
Calon berwibawa PM pengganti
Tentu Najib gusar sekali
BN bergolak sesama sendiri
Apakah ianya menjadi realiti
Atau sekadar mimpi fantasi
Khabar angin bertiup kencang
Lenyap bersama impian pembangkang~
Isnin, 10 Jun 2013
Solidariti Rakyat
Seruan rakyat turun berkampung
Di Padang Merbuk tempat berhimpun
Solidariti rakyat sama dijunjung
Bantah penipuan penuh bersantun
Aktivis mahu Parlimen dikepung
Bantahan simbolik pada penipuan
SPR terus bersikap sombong
Letak jawatan tidak dilayan
Apakah rakyat punya pilihan
Selain berhimpun secara aman
Kesabaran mereka masih bertahan
Menelan semua segala kebejatan
Wahai pemimpin yang telah terpilih
Janganlah bersikap pilih kasih
Politik Kafkaesque perlu disisih
Dunia perhati tanpa berkalih~
Ahad, 9 Jun 2013
Seloka Rakyat
Pergi berkelah ke Janda Baik
Air sungai mengalir jernih
Rakyat susah kos hidup naik
Pemimpin pandai berpilih kasih
Terowong Karak laluan sempit
Hati-hati bila memandu
Hidup rakyat makin terhimpit
Mati-mati terkena tipu
Kalau tuan pergi ke Gombak
Jangan lupa beli durian
Kalau pimpinan terus bergolak
Bila pula negeri nak aman
Putrajaya tersergam indah
Pusat pentadbiran negara tercinta
Pimpinan perlu sikap berhemah
Urustadbir adil dengan sempurna~
Sabtu, 8 Jun 2013
Demokrasi Gelap
Politik melayu berpecah belah
Lari dari agenda perjuangan
Hendaklah syukuri nikmat Allah
Jangan tolak ajaran Al-Quran
Islam bukan pecah belah
Islam bukan huru hara
Agung demokrasi pesong akidah
Gelap jahil pelbai perkara
Tanggungjawab pemimpin sangat besar
Membawa rakyat ke arah kebaikan
Hanya 'An-Nur' cahaya sebenar
Bukan pendedahan kepada kegelapan
Gelap syirik
Gelap takbur
Demokrasi tercarik
Demokrasi terkubur
Jumaat, 7 Jun 2013
Jambatan Runtuh
Jambatan dibina sepatutnya kukuh
Jika spesifikasi ikut dan patuh
Kenapa tetiba boleh runtuh
Perlu siasat secara menyeluruh~
Jangan bersikap acuh tak acuh
Projek rakyat jangan ditangguh
Murka Allah bagi yang angkuh
Balasan datang tanpa tertangguh~
Kita bina jambatan
Bukan buat reban
Bila dana awam salahguna
Rakyat terkorban jadi mangsa~
Bila projek awam dijadikan publisiti
Terimalah kecaman berlakunya tragedi~
Khamis, 6 Jun 2013
Nasib Cameron Highlands
Cameron Highlands..
Malang sungguh nasibmu
Khazanah alam diperkosa
Kerakusan tangan manusia
Sifat tamak haloba
Tidak bertimbangrasa
Dulu landskapmu menawan kalbu
Jalanraya penuh berliku
Kabus menyelaputi puncakmu
Udara nyaman sejuk selalu
Tempat bertandang ramai tetamu
Berkunjung rehat di hujung minggu
Kini hanya gelombang panas
Mencengkam ganas
Suasana rimas
Suhu mencanak pantas
Tanah bukitmu ditarah
Pertanian dan ladang sayur mengubah wajah
Tanah runtuh banjir lumpur
Kawal perosak pestisid disembur
Kelodakan dan hakisan
Mencemari punca air minuman
Menteri baru mula bermadah
Pelan tindakan menjadi wadah
KPI menteri jadi taruhan
Kajian gagal menteri terhumban
JAS dan Menteri
Pahat dengan penukul
Menteri silih berganti
JAS kembali muncul
Rabu, 5 Jun 2013
Hari Alam Sekitar Sedunia 2013
5 Jun Hari Alam Sekitar Sedunia,
Disambut meriah di Mongolia,
Pasti ianya meninggalkan nostalgia,
Buat kita rakyat Malaysia~
Teknologi hijau injin pelaburan,
Pelepasan karbon jadi sasaran,
Perubahan iklim jadi ancaman,
Hutan simpan sumber warisan~
Najib komited bawa pembaharuan,
Pengurusan alam sekitar ditransformasikan,
Undang-undang yang ada lemah penguatkuasaan,
Sumber asli negara mangsa pencemaran~
Undang-undang cantik di atas kertas,
Penguatkuasaan robek rasuah menetas,
Kenapa tiada tindakan tegas,
Penjenayah alam sekitar bergerak bebas~
Undang-undang cantik di atas kertas,
Penguatkuasaan robek rasuah menetas,
Kenapa tiada tindakan tegas,
Penjenayah alam sekitar bergerak bebas~
Selasa, 4 Jun 2013
Hidup Gaya Baru..
Berjalan kaki tuju destinasi
Peluh masam ganti minyak wangi;
Baju bundle membalut tubuh
Masih bergaya walaupun lusuh;
Selipar jepun sarung dikaki
Takut hilang kenalah kunci;
Tiada letrik tiada TNB,
Tarif Naik Berganda(TNB) tak gusar lagi;
Makan saja beras murah,
Jangan ditolak rezeki Allah;
Makan sayur tanam sendiri,
Kepada tanah kita berbakti;
Awasi guna air sungai,
Pencemaran tinggi berbau bangkai;
Air perigi lebih selamat,
Masalah timbul nak cari tempat;
Minum air tanpa gula,
Tiada diabetes hidup ceria;
Jangan ngeteh jangan ngopi,
Air putih minuman sehari;
Rumah usang jangan dibaiki,
Penyamun tengok pun tak ada hati;
Kalau runtuh jumpa YB,
Pindah flet sebagai ganti;
Jangan beli baju,
Sebab kita tak mampu;
Hidup di zaman batu,
Inilah hidup gaya baru;
Jangan jadi orang???
Hihihihi....:(
Hidup sengsara badan terbuang!
Ahad, 2 Jun 2013
Reformasi Pilihanraya
Reformasi pilihanraya
Kewajaran dalam kesamaran
Reda seketika sengketa
Rekonsiliasi nasional dalam gambaran~
Badan bebas memang perlu
Kawalselia yang bermutu
Kredibiliti tidak dipalu
Keyakinan rakyat bertambah jitu~
Asas dan kriteria perlu tuntas
Bila persempadanan mula direntas
Daftar pengundi perlu diperkemas
Mana yang hantu perlu dicantas~
Etika pilihanraya perlu digubal
Fitnah,caci cela perlu dikawal
Rakyat cerdik makin berakal
Pilih pemimpin cara rasional~
Sabtu, 1 Jun 2013
Negara Baru
Rumah kecil tiang seribu
Tersergam lama begitu kukuh
Bila anai-anai menyerang serbu
Tiang yang reput mulai runtuh~
Negara kerdil tegak bersatu
Lima dekad penuh berliku
Bila merebak salah laku
Asas utama mula celaru~
Rumah baru perlu dibina
Struktur asas yang lebih sempurna
Negara baru begitu jua
Pemimpin berilmu mengemudi bahtera~
Balada Pendekar Melayu
Sedang berkembang layar perahu,
semua pendekar mula bersuku.
Kini yang paling wajar diingat
budi pemimpin kuyup keringat:
Dua bahtera ke Pulau Pandan,
dua keranda atas kuburan.
Setengah abad membela bangsa
paling banyak lupus ekuitinya;
lima dekad berdegar suara
paling terhakis ekar simpannya.
Jika itu dipulihkan dulu
barulah damai qalbu bangsaku!
Sudah berkembang layar perahu
semua pendekar sudah bersuku.
Kapal belayar ke Pulau Pandan
Sarat penuh dengan muatan
Pendekar bersuku genggam harapan
Dalam gelanggang ditabal pahlawan~
Ombak ganas perlu diredah
Ramai pendekar yang mulai rebah;
Belum sempat kapal berlabuh
Ramai yang terjun bersama sauh~
Pendekar kental separuh mati
Luruh luntur ilmu nan sakti
Dua keranda setia menanti
Pendekar yang gugur buat diisi~
Memang resam pendekar melayu
Pantang dicabar menyahut seru
Rakyat bungkam termangu-mangu
Siasah terbiar kemelut celaru~
Rosak NILAI kerana GANJARAN
Bila tiba pemilihan parti
Ahli tilik muncul kembali
Membawa bersama pelbagai teori
Ibarat merungkai ramalan mimpi~
Nakhoda kini bermuka muram
Hilang ceria timbul kelam
Memikir kapal yang nak karam
Menunggu masa untuk tenggelam~
Siapa kawan siapa lawan
Percaturan politik yang menentukan
Pemimpin ghairah berebut jawatan
Rosak NILAI kerana GANJARAN~
Rakyat hambar penuh kecewa
Janji pilihanraya belum dikota
Nasib rakyat tidak dibela
Kebajikan rakyat diabai pula~
Langgan:
Ulasan (Atom)






























