Followers

Khamis, 6 Jun 2013

Nasib Cameron Highlands






Cameron Highlands..

Malang sungguh nasibmu
Khazanah alam diperkosa
Kerakusan tangan manusia
Sifat tamak haloba
Tidak bertimbangrasa

Dulu landskapmu menawan kalbu
Jalanraya penuh berliku
Kabus menyelaputi puncakmu
Udara nyaman sejuk selalu
Tempat bertandang ramai tetamu
Berkunjung rehat di hujung minggu

Kini hanya gelombang panas 
Mencengkam ganas
Suasana rimas
Suhu mencanak pantas

Tanah bukitmu ditarah
Pertanian dan ladang sayur mengubah wajah
Tanah runtuh banjir lumpur
Kawal perosak pestisid disembur
Kelodakan dan hakisan
Mencemari punca air minuman

Menteri baru  mula bermadah
Pelan tindakan menjadi wadah
KPI menteri jadi taruhan
Kajian gagal menteri terhumban

JAS dan Menteri
Pahat dengan penukul
Menteri silih berganti
JAS kembali muncul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan