Followers

Sabtu, 6 Julai 2013

KAFAN UNTUK ULAMA




Ulama Azhar berbekal kafan, 
Rela Mati Membela Syariat;
Mereka mengisi barisan hadapan,
Menentang kudeta  berniat jahat~

Ulama menyokong Presiden Morsi,
Menentang tentera Jeneral As-Sisi;
Mereka turun berdemonstrasi,
Menegakkan kembali sebuah demokrasi~

Rampasan kuasa melanggari syarak,
Kepimpinannya jua perlu ditolak;
Campurtangan asing turut terjebak,
Gembira melihat Mesir bergolak~

Kepada Allah kita berdoa,
Selamatkan Mesir dari bahaya;
Semoga krisis kembali reda,
Rakyatnya hidup aman sejahtera~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan